Welcome to MTIB CORE SYSTEM (MCS)

PENGUMUMAN / ANNOUNCEMENT

PENGUMUMAN PENTING KEPADA SEMUA PENGEKSPORT & PENGIMPORT/EJEN PENGHANTAR

Adalah dimaklumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 adalah pada 10 dan 11 April 2024 (Rabu dan Khamis). Sehubungan dengan ini semua Pengeksport & Pengimport/Ejen Penghantar dinasihatkan agar merancang lebih awal memohon permit import dan eksport, serta permohonan pemeriksaan fizikal kayu untuk mengelak kelewatan pemprosesan dan kelulusan. Sebarang kesulitan yang dihadapi amat dikesali. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


 

IMPORTANT ANNOUNCEMENT TO ALL EXPORTERS & IMPORTERS/FORWARDING AGENTS

MTIB licensing counter will be closed from 10th April to 11th April 2024 (Wednesday and Thursday) in conjunction with Hari Raya Aidilfitri holidays. All Exporters & Importes/Forwarding Agents are advised to plan earlier for the application of export/import permits and physical inspection to avoid any late processing and approval. Any inconvenience or difficulties regarding application and approval of the permits are regrettable. Thank you.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

HEBAHAN PROSEDUR PENDAFTARAN IMPORT (TI)

Dimaklumkan bahawa prosedur pendaftaran Import bagi kesemua produk yang terlibat permit import MTIB adalah seperti berikut:

i)             Tempoh pendaftaran diambil kira dari tarikh kelulusan permohonan pertama dengan tempoh pendaftaran minimum 1 tahun sehingga                    maksimum 5 tahun;

ii)            Sebarang permohonan penambahan produk dalam tempoh pendaftaran dikategori sebagai permohonan tambah kategori.

Maklumat fi pendaftaran adalah seperti berikut:

  • RM300/setahun – Pendaftaran Baharu.
  • RM200/setahun – Pembaharuan Pendaftaran.
  • Tambah Kategori tiada bayaran fi dikenakan.

Maklumat lanjut, muat turun borang dan senarai produk terlibat permit import MTIB sila layari laman sesawang berikut :

https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/prosedur-import

Seksyen Pendaftaran Bahagian Pelesenan & Inspektorat :

No. Tel : 03-92822235

E-mel : mcshelp@mtib.gov.my

Kemaskini : 18 Januari 2024

KUOTA EKSPORT KAYU GETAH BERGERGAJI 2024

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah meluluskan kuota eksport kayu getah bergergaji bagi tahun 2024 sebanyak 50,000 m3 bermula 8 Disember 2023. Sehubungan dengan itu, semua pengeksport berdaftar adalah dibenarkan memohon kuota eksport kayu getah bergergaji tahun 2024. Sila lengkapkan Borang Permohonan dan memajukan kepada Ibu Pejabat MTIB. Kelulusan kuota eksport KGB adalah tertakluk kepada syarat-syarat semasa serta mekanisme kawalan MTIB.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kuota eksport KGB 2024, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Pn Nurul Atiqah Shaharuddin / En Ahmad Ikhsan Zainuddin di talian 03-9282 2235 sambungan 1303/1216.

[KLIK DI SINI]  untuk borang permohonan


Terakhir dikemaskini: 03 Januari 2024

MAKLUMAN BERKENAAN MANDATORY BUREAU OF INDIAN STANDARDS (BIS) UNTUK EKSPORT PRODUK PANEL KE INDIA

Dimaklumkan bahawa pihak Ministry of Commerce and Industry India telah memaklumkan bahawa pengeksportan produk panel ke negara India adalah tertakluk kepada keperluan Pensijilan Mandatori Biro Piawaian India (Mandatory Bureau of Indian Standards) (BIS) mulai 1 Mac 2024.

Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh Section 16 of the Bureau of Indian Standard Act, 2016, the Central Government, selepas berunding dengan Bureau of Indian Standards (BIS) membuat perintah yang berikut:

  • Tajuk ringkas: Plywood and Wooden flush door shutters (Quality Control) Order, 12.2
  • Tarikh pelaksanaan:
 TARIKH  JENIS PERUSAHAAN
 1 Mac 2024  Bagi Perusahaan Sederhana dan Besar (Medium and Large Enterprises *Pengeluar asing dikategorikan sebagai Perusahaan Sederhana dan Besar
 30 Mei 2024            Bagi Perusahaan Kecil (Small Enterprises)
 30 Ogos 2024             Bagi Perusahaan Mikro (Micro Enterprises

 

[SELANJUTNYA]

KUOTA EKSPORT 2024: PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN | EXPORT QUOTA 2024: KARAS/AGARWOOD PRODUCTS

Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) di bawah Seksyen 6(1) dalam Jadual Pertama menamakan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Seksyen 19 dalam Jadual Kedua turut menamakan MTIB bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa (Enforcement Officer-EO) untuk spesies kayu terjadual CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa Kuota Eksport bagi tahun 2024 untuk Produk Karas/Gaharu adalah sebanyak 5,000 kg manakala bagi kayu Ramin sebanyak 5,000 m3. Permohonan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin dibuka sekarang dan panduan permohonan permit CITES boleh dirujuk di sini [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Puan Norsasuhaida Salleh/ Encik Mohamad Firdaus Abas di talian 03-9282 2235 sambungan 1225/1360.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

The International Trade in Endangered Species Act 2008 (Act 686) under Section 6 (1) of the First Schedule states that the Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is a Management Authority (MA), and Section 19 of the Second Schedule states that MTIB is an Enforcement Officer (EO) for CITES-listed timber species for Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan.

Pleased to inform that the Export Quota for the year 2024 for Karas/Agarwood products is 5,000 kg, while for Ramin timber products it is 5,000 m3. Export quota applications for Karas/Agarwood and Ramin timber products are now open, and the CITES permit application guide can be consulted here [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].

For further inquiries regarding the export quota of Karas/Gaharu, and Ramin timber products, please contact the Licensing Section - Puan Norsasuhaida Salleh/ Encik Mohamad Firdaus Abas at 03-9282 2235 extension 1225/ 1360.

MAKLUMAN BERKENAAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN BAHARU KE ATAS PENGELUARAAN SIJIL MyTLAS

Dimaklumkan mulai 1 Januari 2024, pengenaan caj perkhidmatan baharu bagi pengeluaran Sijil MyTLAS adalah sebanyak RM30.00 per sijil. Dengan penguatkuasaan ini, caj RM10.00 sebelum ini terbatal. Untuk makluman, bayaran baharu perkhidmatan pengeluaran Sijil MyTLAS telah diluluskan secara berperingkat seperti berikut;

  • 1 Januari 2024 - caj perkhidmatan Sijil MyTLAS adalah RM30.00;
  • 1 Januari 2025 - caj perkhidmatan Sijil MyTLAS adalah RM50.00; dan
  • 1 Januari 2026 - caj perkhidmatan Sijil MyTLAS adalah RM100.00.

Makluman berkenaan perkara ini adalah melalui Surat Ketua Pengarah MTIB rujukan ( 13 ) dlm LPKM 7/11/04/2/3/9 Jilid 16, bertarikh 22 Disember 2023 [KLIK DI SINI]  . Sehubungan dengan ini, mohon perhatian Tuan / Puan ke atas keperluan ini. Sila berhubung dengan Pegawai Unit MyTLAS Ibupejabat MTIB di talian 03-9282 2235 jika ada pertanyaan lanjut berhubung perkara ini.

i.   Puan Aimie Aiza Mohd Tusin (samb.: 1425) /  aimie.tusin@mtib.gov.my
ii.  Encik Ahmad Kamil Asmuni (samb.: 1297) / ahmadkamil@mtib.gov.my 



Terakhir dikemaskini: 28 Disember 2023

SISTEM APLIKASI MTIB CORE SYSTEM (MCS) SEDANG DINAIKTARAF

SISTEM APLIKASI MTIB CORE SYSTEM (MCS) SEDANG DINAIKTARAF

Adalah dimaklumkan, lanjutan dari Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023 yang akan mula berkuat kuasa pada 01 Januari 2024, Sistem MCS akan melalui proses naiktaraf bagi penambahbaikan sistem.

Sehubungan itu, dimohon syarikat yang membuat permohonan pendaftaran baharu bagi aktiviti Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pemeringkat dan Pengendali Jeti untuk menghubungi Seksyen Pendaftaran bagi penetapan bayaran fi pendaftaran baharu sebelum mengisi permohonan di dalam sistem MCS.

Seksyen Pendaftaran Bahagian Pelesenan & Inspektorat :

No. Tel : 03-92822235

E-mel : mcshelp@mtib.gov.my

PENGGUNAAN FORMAT BAHARU SIJIL MyTLAS

PENGGUNAAN FORMAT BAHARU SIJIL MyTLAS

Seperti sedia maklum, Sijil MyTLAS menjadi dokumen sokongan di dalam memenuhi keperluan di negara-negara pembeli produk kayu Malaysia. Pengeluaran Sijil MyTLAS merupakan dokumen sokongan keperluan due diligenge dan telah dikeluarkan sejak 2013. Dalam usaha memperkukuhkan MyTLAS, MTIB telah bersetuju untuk menambahbaik format Sijil MyTLAS setelah 10 tahun pelaksanaannya. Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa penggunaan format baharu Sijil MyTLAS seperti di Lampiran [KLIK DI SINI]  akan mula digunapakai mulai 1 Januari 2024, manakala penggunaan Sijil MyTLAS format lama akan dihentikan secara sepenuhnya mulai dari tarikh tersebut.

 

Sehubungan dengan ini, mohon perhatian Tuan / Puan ke atas keperluan ini. Sila berhubung dengan Pegawai Unit MyTLAS Ibupejabat MTIB di talian 03-9282 2235 jika ada pertanyaan lanjut berhubung perkara ini.

 Puan Aimie Aiza Mohd Tusin (samb. : 1425) aimie.tusin@mtib.gov.my

Encik Ahmad Kamil Asmuni (samb. : 1297) ahmadkamil@mtib.gov.my

 

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PENDAFTARAN) 2023

PEWARTAAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PENDAFTARAN) 2023[P.U. (A) 297/2023]

Dimaklumkan bahawa Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023 [P.U. (A) 297/2023] (selepas ini dirujuk sebagai “Peraturan-Peraturan”) telah diwartakan pada 02 Oktober 2023.

Pewartaan Peraturan-Peraturan ini adalah melibatkan penambahbaikan pada syarat-syarat permohonan pendaftaran bagi aktiviti Pengeksport, Pengimport, Pengendali, Pembekal, Pemeringkat, Pemproses, Pedagang atau Pengendali Jeti dan selaras dengan kuasa Lembaga di bawah seksyen 14, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].

Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023 ini akan mula berkuat kuasa pada 01 Januari 2024. Salinan Peraturan-Peraturan tersebut adalah seperti di pautan ini dan Surat Ketua Pengarah MTIB berhubung pemakluman ini boleh dirujuk di pautan ini 

Selaras dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023 [P.U. (A) 297/2023] yang akan mula berkuat kuasa pada 01 Januari 2024, terdapat pindaan fi pendaftaran seperti berikut :

 Bil. Jenis Pendaftaran                        Kadar Fi Setahun (RM)  
Fi Pendaftaran Baharu     Fi Pembaharuan Pendaftaran
1.  Pengeksport  300.00       200.00  
2.  Pengimport  300.00       200.00
3.  Pembekal  300.00       200.00
4.  Pemeringkat  50.00       50.00
5.  Pemproses  300.00       200.00
6.  Pengendali Jeti  300.00       200.00
7.  Pedagang  50.00       50.00
8. Pengendali  50.00       50.00

 

Penghantaran permohonan dan dokumen pendaftaran sebelum 20 disember 2023 akan di proses pada tahun semasa, permohonan yang diterima selepas 20 disember 2023, akan dibawa ke 2024 untuk pendaftaran.

Tempoh kelulusan permohonan adalah dari tarikh dokumen hardcopy yang lengkap diterima dan resit bayaran yang telah disahkan oleh unit kewangan MTIB.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut :-

Pegawai Dihubungi:

Cik Emy Zulika Dzulkifly (03-9282 2235 / 1390)       

Puan Julia Pon (03-9282 2235 / 1339)

Puan Nurhanani Mohamad Fahmi (03-9282 2235 / 1304)

PEMAKLUMAN BERKENAAN CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN KHAS

Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Lembaga untuk mengenakan caj perkhidmatan ke atas setiap pemprosesan kelulusan khas pengimportan dan pengeksportan produk kayu. Pengenaaan caj perkhidmatan ini adalah selaras dengan kuasa Lembaga di bawah seksyen 20A Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].

Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa penguatkuasaan caj perkhidmatan ke atas pemprosesan kelulusan khas pengimportan dan pengeksportan produk kayu akan bermula pada 15 September 2023. Kadar caj perhidmatan kelulusan khas MTIB adalah seperti berikut:

  • Institusi/Jabatan/Lembaga/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan dengan Caj Perkhidmatan sebanyak RM100.00 per kelulusan; dan
  • Pihak selain daripada Institusi/Jabatan/Lembaga//Badan Berkanun/Agensi Kerajaan atau syarikat swasta dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak RM400.00 per kelulusan.

Surat Ketua Pengarah MTIB berhubung pemakluman ini dan Terma Rujukan adalah seperti [ DI SINI ]. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pelesenan) di talian utama MTIB 03-92822235:



Terakhir dikemaskini: 30 Ogos 2023

PEMAKLUMAN KEPERLUAN PEMATUHAN SIJIL FITOSANITARI BAGI PENGEKSPORTAN KAYU KAYAN KE NEGARA JEPUN

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Jepun telah memaklumkan bahawa pengekportan kayu dan produk kayu ke negara Jepun adalah tertakluk kepada keperluan Sijil Fitosanitari (Phytosanitry Certificate - PC) oleh pihak Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF), Jepun yang akan berkuatkuasa mulai 5 OGOS 2023.

Keperluan komoditi kayu kayan yang dieksport ke Jepun perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi berdasarkan pindaan Ordinance for Enforcement of the Plant Protection Act Jepun, di bawah Artikel 5-3 pada item No. 4  [ KLIK DI SINI ]. Secara prinsip, kayu kayan/balak dengan proses minimal atau masih mempunyai kulit (bark), atau dieksport bagi tujuan pertanian (sebagai contoh gardening material, soil covering material, peat moss) perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi. Bagi tujuan pemahaman, disertakan contoh jenis kayu kayan yang TERTAKLUK kepada keperluan ini seperti berikut:

  1. Log/timbers (HSC 4403)
  2. Wood chips (yang masih berkulit dan dieksport bagi tujuan pertanian)
  3. Firewoods (yang masih berkulit dan dari spesies Pinus Pinea, Guibourtia Pellegriniana, Pinus Lambertiana dan Pinus Maritima sahaja)

Manakala contoh jenis kayu kayan yang TIDAK TERTAKLUK kepada keperluan ini pula adalah seperti berikut:

  1. Sawn wood (HSC 4407)
  2. Plywood/Veneered board (HSC 4412)
  3. Fibreboard (HSC4411)
  4. Wood chips for fuel
  5. Charcoal (completely carbonized)
  6. Railroad tie   
     

Notifikasi makluman WTO yang dibuat oleh Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF) Jepun boleh dirujuk   [ KLIK DI SINI ]. Sebarang pertanyaan lanjut sila menghubungi Seksyen Pelesenan MTIB di talian 03-92822235.

Pegawai untuk dihubungi :

1.  Puan Sunita Muhamad (samb. 1263) / e-mel : sunita@mtib.gov.my
2. Puan Nurul Atiqah Shahruddin (samb. 1303) / e-mel : atiqah@mtib.gov.my

Choose Theme Color:
Choose Language: