Welcome to MTIB CORE SYSTEM (MCS)
PEMAKLUMAN BERKENAAN CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN KHAS
PEMAKLUMAN BERKENAAN CAJ PERKHIDMATAN KE ATAS PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN KHAS PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN KAYU DAN KELUARAN KAYU
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Lembaga untuk mengenakan caj perkhidmatan ke atas setiap pemprosesan kelulusan khas pengimportan dan pengeksportan produk kayu. Pengenaaan caj perkhidmatan ini adalah selaras dengan kuasa Lembaga di bawah seksyen 20A Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].
Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa penguatkuasaan caj perkhidmatan ke atas pemprosesan kelulusan khas pengimportan dan pengeksportan produk kayu akan bermula pada 15 September 2023. Kadar caj perhidmatan kelulusan khas MTIB adalah seperti berikut:
- Institusi/Jabatan/Lembaga/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan dengan Caj Perkhidmatan sebanyak RM100.00 per kelulusan; dan
- Pihak selain daripada Institusi/Jabatan/Lembaga//Badan Berkanun/Agensi Kerajaan atau syarikat swasta dikenakan Caj Perkhidmatan sebanyak RM400.00 per kelulusan.
Surat Ketua Pengarah MTIB berhubung pemakluman ini dan Terma Rujukan adalah seperti [ DI SINI ]. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pelesenan) di talian utama MTIB 03-92822235:
- Puan Sunita Muhamad (samb: 1263) [email protected]
- Puan Nurul Atiqah Shaharuddin (samb: 1303) [email protected]
PEMAKLUMAN KEPERLUAN PEMATUHAN SIJIL FITOSANITARI BAGI PENGEKSPORTAN KAYU KAYAN KE NEGARA JEPUN
Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Jepun telah memaklumkan bahawa pengekportan kayu dan produk kayu ke negara Jepun adalah tertakluk kepada keperluan Sijil Fitosanitari (Phytosanitry Certificate - PC) oleh pihak Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF), Jepun yang akan berkuatkuasa mulai 5 OGOS 2023.
Keperluan komoditi kayu kayan yang dieksport ke Jepun perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi berdasarkan pindaan Ordinance for Enforcement of the Plant Protection Act Jepun, di bawah Artikel 5-3 pada item No. 4 [ KLIK DI SINI ]. Secara prinsip, kayu kayan/balak dengan proses minimal atau masih mempunyai kulit (bark), atau dieksport bagi tujuan pertanian (sebagai contoh gardening material, soil covering material, peat moss) perlu diiringi dengan Sijil Fitosanitasi. Bagi tujuan pemahaman, disertakan contoh jenis kayu kayan yang TERTAKLUK kepada keperluan ini seperti berikut:
- Log/timbers (HSC 4403)
- Wood chips (yang masih berkulit dan dieksport bagi tujuan pertanian)
- Firewoods (yang masih berkulit dan dari spesies Pinus Pinea, Guibourtia Pellegriniana, Pinus Lambertiana dan Pinus Maritima sahaja)
Manakala contoh jenis kayu kayan yang TIDAK TERTAKLUK kepada keperluan ini pula adalah seperti berikut:
- Sawn wood (HSC 4407)
- Plywood/Veneered board (HSC 4412)
- Fibreboard (HSC4411)
- Wood chips for fuel
- Charcoal (completely carbonized)
- Railroad tie
Notifikasi makluman WTO yang dibuat oleh Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF) Jepun boleh dirujuk [ KLIK DI SINI ]. Sebarang pertanyaan lanjut sila menghubungi Seksyen Pelesenan MTIB di talian 03-92822235.
Pegawai untuk dihubungi :
1. Puan Sunita Muhamad (samb. 1263) / e-mel : [email protected]
2. Puan Nurul Atiqah Shahruddin (samb. 1303) / e-mel : [email protected]
KUOTA EKSPORT 2023: PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) di bawah Seksyen 6(1) dalam Jadual Pertama menyatakan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Seksyen 19 dalam Jadual Kedua pula menyatakan MTIB adalah Pegawai Penguatkuasa (Enforcement Officer-EO) untuk spesies kayu terjadual CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sejajar dengan peranan ini, MTIB mengumumkan kuota eksport bagi tahun 2023 untuk produk Karas/Gaharu adalah sebanyak 25,000 kg manakala bagi kayu Ramin sebanyak 5,000 m3. Permohonan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin boleh dimohon mulai hari ini dan hendaklah mengikut syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan. Panduan permohonan permit CITES boleh dirujuk di sini [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Puan Nor Shahira Mat Nasir / Encik Mohamad Firdaus Abas di talian 03-9282 2235 sambungan 1354 /1360.
KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PENGENDALI (T/O) SECARA PENTADBIRAN
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 8/2022 pada 22 Julai 2022 telah meluluskan pendaftaran aktiviti pengendali (T/O) secara pentadbiran. Tujuan pelaksanaan pendaftaran ini adalah sebagai langkah menggalakkan pendaftaran pengendali sebelum ia diwarta dan dikuatkuasakan pelaksanaannya di samping sebagai panduan dan rekod kepada MTIB.
Bagi tujuan ini, pada mana-mana individu yang mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya dan memiliki Sijil Kelayakan Operator Pengawetan dan/atau Sijil Kelayakan Operator Pengeringan Tanur adalah digalakkan untuk berdaftar aktiviti pengendali dengan MTIB. Permohonan pendaftaran boleh dimajukan kepada MTIB mulai 1 September 2022. Dimaklumkan bahawa fi pendaftaran ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pendaftaran) di talian 03-92822235 :
- Cik Emy Zulika Dzulkifly (samb. : 1390) [email protected]
- Puan Nurhanani Mohamad Fahmi (samb. : 1304) [email protected]
- Puan Nor Afiqah Wajihah Shuib (samb. : 1422) [email protected]
Lampiran 1 : Panduan Pendaftaran Pengendali
Lampiran 2 : Borang Permohonan Pendaftaran Baru Pengendali
Lampiran 3 : Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Pengendali
Lampiran 4 : Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pengendali Secara Pentadbiran
KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PEDAGANG (T/T) SECARA PENTADBIRAN
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 2/2022 pada 7 - 9 Februari 2022, meluluskan penguatkuasaan pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran.
Pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran ini merangkumi skop pedagang seperti berikut:
- Pemindah kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak;
- Syarikat yang mendapat insentif/bantuan daripada MTIB atau MTC;
- Syarikat yang menjalankan aktiviti mengilang, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri; dan
- Syarikat yang menjalankan aktiviti membeli, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri.
Pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 Mac 2022 dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2022.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pendaftaran) di talian 03-92822235 :
- Cik Emy Zulika Dzulkifly (samb. : 1390) [email protected]
- Puan Nurhanani Mohamad Fahmi (samb. : 1304) [email protected]
- Puan Nor Afiqah Wajihah Shuib (samb. : 1422) [email protected]
Lampiran 1 - Borang Permohonan Pendaftaran Baru
Lampiran 2 - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran
Lampiran 3 - FAQ Pendaftaran Aktiviti Pedagang
Lampiran 4 - Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pedagang