Welcome to MTIB CORE SYSTEM (MCS)

TAMBAHAN KEPADA KEPERLUAN PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI MELIBATKAN KATEGORI PERABOT

Selari dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet KPPK Bil. 5/2020 pada 13 Mei 2020, semua sektor perabot perlu berdaftar dengan MTIB dan menjelaskan yuran pendaftaran yang dikenakan.

Keperluan pendaftaran Aktiviti Pengeksport bagi kategori perabot telah diluluskan oleh Jemaah Lembaga MTIB dan pelaksanaannya telah berkuat kuasa mulai 4 Januari 2021. Untuk memastikan rantaian bekalan produk kayu dapat dikawalselia bagi mengukuhkan sistem legaliti produk perkayuan Malaysia, syarikat perabot yang menjalankan Aktiviti Pembekalan yang merujuk kepada pembekalan perabot dan komponen perabot bagi maksud eksport juga perlu berdaftar berkuat kuasa mulai 1 Disember 2021.

Sehubungan itu, selaras dengan keperluan Seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], semua Pengeksport dan Pembekal dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Panduan Pendaftaran di ruangan Perkhidmatan (produk dan kod kategori di bawah Apendik B) di laman web MTIB dan Panduan Pendaftaran Melalui Sistem MCS untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pendaftaran MTIB melalui telefon di 03-92822235.


LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
16 November 2021

 

SURAT MAKLUMAN TAMBAHAN KEPADA KEPERLUAN PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI MELIBATKAN KATEGORI PERABOT

PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DALAM PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

 

HEBAHAN KEPADAI NDUSTRI: URUSAN PELESENAN IMPORT & EKSPORT PRODUK KAYU

Hebahan ini merupakan pengumuman operasi pelesenan import dan eksport MTIB untuk digunapakai oleh industri kayu kayan dalam tempoh PPN mulai 21 September 2021.

 

  1. Sepertimana pengumuman YAB Perdana Menteri pada 15 September 2021, PPN terkini telah memberikan kelonggaran beroperasi untuk Sektor Agrikomoditi melibatkan kilang pemprosesan industri berasaskan kayu dan aktiviti dalam rantaiannya. Operasi kilang dan aktiviti pemunggahan dibenarkan beroperasi 24 jam, dengan kapasiti kehadiran pekerja yang tertakluk kepada kadar vaksinasi lengkap perkerja.


  2. Operasi pelesenan di semua Pejabat dan Stesen Pemeriksaan MTIB telah mula dilaksanakan seperti amalan biasa mulai 21 September 2021 melibatkan aktiviti berikut:

 

a)    Pendaftaran Baharu dan Pembaharuan Pendaftaran (Akta 105 dan Akta 686);

b)    Pengeluaran Permit Eksport dan Import;

c)     Pemeriksaan Fizikal; dan

d)    Pengeluaran Permit/Sijil CITES, Sijil MyTLAS dan Sijil Statement of Legality Timber Sources.

 

  1. Perkhidmatan Kaunter Pelesenan MTIB hanya tertakluk kepada urusan yang tidak dapat dilaksanakan secaraatastalian, dan dilaksanakan secara temujanji sahaja. Penetapan temujanji boleh dibuat melalui telefon atau email mengikut Pejabat MTIB yang berkenaan seperti berikut:

 

 

Hari: Isnin, Rabu dan Jumaat

Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

 

PEJABAT

NO. TALIAN

EMAIL

Ibupejabat

03-9282 2235

mcshelp@mtib.gov.my

Pejabat Wilayah Tengah

03-3324 3063

mtibpk@mtib.gov.my

Pejabat Wilayah Selatan

07-511 6672 / 82

mtibjb@mtib.gov.my

Pejabat Wilayah Utara

04-398 3358

pelesenanmtibwu@gmail.com

Pejabat Negeri Kelantan

09-748 3824

mtibkb@mtib.gov.my

Pejabat Negeri Pahang

09-573 5062 / 63

faizani@mtib.gov.my

Pejabat Negeri Terengganu

09-626 2711

mtibkt@mtib.gov.my

 

BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYUMALAYSIA (MTIB)

Kemaskini 21 September 2021

PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PAPAN PARTIKEL/SERPAI (4410) DAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAN

PENGUATKUASAAN KEPERLUAN PERMIT IMPORT BAGI PRODUK PAPAN PARTIKEL / SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411)

 

Selaras dengan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan)(No.3) 2020 yang diwartakan pada 17 Ogos 2020 lalu, semua pengimportan produk Papan Partikel/ Serpai (4410) dan Papan Gentian (4411) adalah memerlukan Permit Import daripada MTIB. Penangguhan penguatkuasaan ke atas keperluan ini telah diberikan sejak 17 Oktober 2020, dan penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula pada 1 OKTOBER 2021.

 

Sebagai maklumat lanjut mengenai tatacara pengeluaran Permit Import produk berkenaan, sila rujuk Prosedur Pengimportan Kayu dan Produk Kayu (item No. 1 – No. 4 dan No. 12 – No.16). Dalam hubungan ini juga, selaras dengan keperluan Seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] memperuntukan semua Pengimport dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran. 

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pelesenan MTIB melalui email kepada shahira@mtib.gov.my / firdaus.abas@mtib.gov.my  atau melalui Pejabat MTIB Wilayah / Negeri yang berhampiran.

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

13 September 2021

RUBBER WOOD SAWNTIMBER EXPORT QUOTA PERFORMANCE, YEAR 2021

 

 

 

Month Export
(Cubic Meter)
January 422.8054
February 3,351.2415
March 6,825.8255
April  4,101.1676
May  4,099.3300
June  1,057.2927
July 1,777.5443
August 4,000.0706
September 3,477.3437
October  3,796.5310
November (until 27th) 3,715.7253
Total 36,376.3048
Annual Quota Balance 13,623.6952

 

 

 

Rubber Wood Sawntimber 

Export Quota For 2021 - 50,000 Cubic Meter

 

HEBAHAN / ANNOUNCEMENT (PERKHIDMATAN CALL CENTRE)

HEBAHAN PERKHIDMATAN CALL CENTRE MTIB PELESENAN

 

Untuk perkhidmatan penyampaian yang selesa kepada pengeksport, pengimport, pemproses kayu, penanan karas/gaharu dan pelanggan awam, MTIB menyediakan kemudahan talian CALL CENTRE untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan Pelesenan Eskport/Import dan pendaftaran sebagai Pengeksport/Pengimport. Juga bagi pelanggan yang telah berdaftar dengan MTIB, perkhidmatan berhubung dengan MTIB Core System (MCS) boleh dikemukakan.

Talian yang boleh di hubungi ialah 03-9205 0199 atau emel mcshelp@mtib.gov.my.

 

Talian CALL CENTRE ini beroperasi pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. 

 

ANNOUNCEMENT MTIB CALL CENTRE LICENSING SERVICES

 

For a convenience delivery services to exporters, importers, wood processors, planters of karas/gaharu and stakeholders, MTIB provides CALL CENTRE service to submit any enquiry regarding export/import licensing and registration as exporters/importers. Also for registered MTIB stakeholders, any inquiries on MTIB Core System (MCS) can be forwarded.

The contact line is 03-9205 0199 or email mcshelp@mtib.gov.my.

 

The CALL CENTRE services operate on working day from 8.30 am to 4.30 pm.

MANUAL PENGGUNA MCS

MANUAL PENGGUNA SISTEM APLIKASI UTAMA MTIB

MTIB telah menambahbaik paparan antara muka skrin baru MCS yang lebih mesra pelanggan seiring dengan kemajuan teknologi dan infrastruktur MTIB yang kian meningkat. Bermula 1 Ogos 2016, semua sektor industri perkayuan yang berurusan dengan MTIB termasuk pengguna dalaman adalah disarankan untuk menggunakan dan mengaplikasikan platform baharu MCS ini.

Semua pengguna MCS boleh melayari platfom baharu MCS di mcs2.mtib.gov.my atau melalui pautan di portal korporat MTIB. Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Pejabat /Cawangan MTIB berdekatan atau hubungi Encik Mohd Razman Mohamad Azizuddin - Tel : 03 – 9282 2235 samb. 1375 atau e-mail razman@mtib.gov.my.

NOTA PENTING:

Sila Layari MCS Platform Baharu menggunakan pelayari Mozilla Firefox Versi 45 dan ke atas Dan Google Chrome Versi 5.0 dan ke atas untuk mendapatkan paparan yang terbaik.

MANUAL PENGGUNA - Customer Copy (Download as PDF file, 6.89Mb)
MANUAL PENGGUNA - MTIB Copy (Download as PDF file, 24.8Mb)

KEPERLUAN LESEN EKSPORT DAN IMPORT MTIB BAGI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU BERKUATKUASA MULAI 1APRIL

a) Lesen Eksport

Bermula dari tarikh 1 April 2017, berdasarkan keperluan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, MTIB akan mengeluarkan lesen eksport ke atas dua (2) kod produk kayu tambahan dan dua puluh tiga  (23) kod produk kayu dan keluaran kayu yang sedia ada. Senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen eksport adalah seperti Jadual di bawah.

No.

Jenis Barangan Kayu

Kod Kastam

1.

Bamboo

1401.10 00 00

2.

Rattans

1401.20

3.

Wood in chip or particle

4401

4.

Wood charcoal

4402.90 90 00

5.

Logs (including baulks and roughly squared)

4403

6.

Hoopwood

4404

7.

Wood wool ; Wood flour

4405.00

8.

Railways or tramway sleepers 

4406

9.

Sawn timber

4407

10.

Veneer sheets

4408

11.

Moulding

4409

12.

Particleboard 

4410

13.

Fibreboard

4411

14.

Plywood, veneered panel and similar laminated wood 

4412

15.

Densified wood

4413.00 00 00

16.

Wooden frames

4414.00 00 00

17.  Packaging cases boxes, crates, drums and similar

4415

18.

Cask, barrels, vats, tub and other coopers products, of wood, including staves

4416.00 10 00
4416.00 90 00

19.

Tool, broom and brush bodies and handles, of wood

4417.00 10 00
4417.00 20 00
4417.00 90 00

20.

Builders joinery and carpentry, of wood

4418

21.

Tableware and kitchenware, of wood

4419.11 00 00
4419.12 00 00
4419.19 00 00
4419.90 00 00

22.

Articles of wooden furniture

4420.90.10 00

23.

Other articles of wood

4421

24.

Wood pulp

4701,  4702, 4703,  4704, 4705,  4706

25.

Prefabricated buildings, of wood

9406.10 90 00

 

KEPERLUAN LESEN EKSPORT DAN IMPORT MTIB BAGI PRODUK DAN KELUARAN KAYU BERKUATKUASA MULAI 1APRIL 2019

b) Lesen Import

MTIB juga akan mengeluarkan lesen import ke atas satu (1) kod produk kayu tambahan dan tiga (3) kod produk kayu dan keluaran kayu yang sedia ada. Senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen import adalah seperti Jadual di bawah.

Bil.

Jenis Barangan Kayu

Kod Kastam

1.

Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks

4403

2.

Poles and piles of Bakau (Rhizophora spp)

4403.99 90 00

3.

Plywood, veneered panel and similar laminated wood 

4412

4.

 Sawntimber  4407

 Click Industry>Download Forms at http://www.mtib.gov.my/ for Application Form.

Choose Theme Color:
Choose Language: